SMK Malaysia - Profil
SMK Electronics (Malaysia) Sdn Bhd, merupakan sebuah syarikat multinasional dan dimiliki sepenuhnya oleh "SMK Corporation Japan" terletak di kawasan Industri Beranang Selangor, yang sedang pesat membangun. Kami merupakan diantara pengilang yang terbesar "Remote Control devices, CVT Sockets, Pin Jacks, Atenna Board dan Control Panels" untuk digunakan dalam industri elektronik global. Syarikat kami telah diberi pengiktirafan MS ISO 9001:2008 (MY-AR 0757) & MS ISO 14001:2004 (MY-ER 0189) dan komited dalam membangunkan teknologi pembuatan canggih tetapi dalam masa yang sama masih memelihara alam sekitar. Pelanggan diberi khidmat terbaik oleh pekerja yang dedikasi untuk memastikan kepuasan hati pelanggan. Syarikat ini di terajui oleh Encik Masahiro Shishido (Pengarah Urusan) dan mempunyai seramai 507 orang pekerja. Kami memberi peluang pekerjaan di pelbagai bidang seperti kejuruteraan, pentadbiran, rekabentuk, unit pembelian, kualiti, pemasaran dan juga operator pengeluaran. |
Nama Syarikat: | SMK Electronics (M) Sdn Bhd |
Ditubuhkan pada: | 1989 |
Pekerja (SMK-Group): | 507 pekerja |
Pejabat: | Lot 15, Jalan Perusahaan 1 , |
Ibu Pejabat: | 5-5, Togoshi 6-chome, Shinagawa-ku, Tokyo 142-8511 JAPAN TEL : +81-3-3785-1111 FAX : +81-3-3785-1878 |
SMK Malaysia - Sejarah
Tahun | Sejarah |
1989 | SMK Electronics (M) Sdn Bhd Ditubuhkan |
1990 | Operasi Perkilangan Bermula - Menghasilkan Alat Kawalan Jauh & Papan Kekunci |
1991 | Operasi Moulding Bermula & Pejabat Jualan Ditubuhkan |
1993 | Operasi Percetakan Bermula |
2002 | Mesin Lead-Free SMT Dimasukkan |
2003 | Lesen IPC telah Diluluskan |
2005 | Peralatan Semburan ( Spray ) telah Dimasukkan |
2008 | Konfigurasi Semula Sistem Pengangkut kepada Sistem Operasi Cell |
2010 | Kemudahan SMT Baru Ditubuhkan - Mesin Celup SMT terbaru |
2010 | Pemasangan Pemeriksaan LCD Checker & Auto Checker |
